Khatamun Nubuwwah

Khatamun Nubuwwah

Thursday, January 12, 2012

Kesan Zikir Terhadap Otak...Subhanallah..


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

Malang bagi mereka yang masih memandang remeh kepentingan berzikir dan mengabaikannya....renung2kan dan selamat beramal.....

(sumber : pondok tauhid )

Monday, January 9, 2012

Sambutan Ambang Tahun Baru 2012 di Shah Alam


Alhamdulillah...pada malam 31 Disember 2011 yang lepas buat julung2  kalinya di Shah Alam, Selangor diadakan sambutan Ambang Tahun Baru yang jauh sekali berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Suatu usaha murni ke arah untuk MENGELAKKAN MAKSIAT ; disamping kita menyambut ketibaan detik tahun baru dengan cara serta kaedah yang tidak bertentangan dengan syariat.  Ini jauh sekali berbeza dengan program2 di ambang tahun baru anjuran Kerajaan Malaysia ; yang mana kebiasaannya adalah program2 yang berbentuk MENGGALAKKAN MAKSIAT.

Sesungguhnya Islam tidak pernah melarang hiburan, Islam juga tidak melarang umatnya untuk berhibur; asalkan menjaga adab2 serta TIDAK MELAMPAUI BATAS2  syariat........Semoga usaha ini akan menjadi suatu pemangkin kepada usaha2 dakwah Islamiah disamping dapat mendekatkan orang ramai dengan golongan Ulama. Adalah diharapkan agar Negeri-negeri lain di Malaysia akan mencontohi bagaimana cara sambutan kemerdekaan yang sewajarnya diadakan ; dan kalau Menteri2  Besar & Ketua2 Menteri yang berkenaan  'tidak tahu'  cara atau panduan berhibur mengikut syariat Islam, rujuklah kepada para Mufti2 yang bertauliah di negeri masing2 tu...tengoklah di Shah Alam dan Kota Bharu...

Friday, January 6, 2012

Buku Terlaris 2011


Rasa-rasanya ...dan tidak dapat disangkal lagi, buku yang paling laris jualannya pada tahun 2011, bagi kategori buku agama - ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA. Tak mustahil juga akan menjadi top selling Islamic book pada tahun 2012 ni...masyaallah..

Buku tersebut dijual bak goreng pisang panas, hinggakan seringkali kehabisan stok. Even ana sendiri pun tak dapat beli sebelum ni sebab stok takde. Lepas ni bolehla order balik, via laman web PTS : www.pts.com.my  or www.ustazazhar.net . Selamat beramal...