Khatamun Nubuwwah

Khatamun Nubuwwah

Monday, January 9, 2012

Sambutan Ambang Tahun Baru 2012 di Shah Alam


Alhamdulillah...pada malam 31 Disember 2011 yang lepas buat julung2  kalinya di Shah Alam, Selangor diadakan sambutan Ambang Tahun Baru yang jauh sekali berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Suatu usaha murni ke arah untuk MENGELAKKAN MAKSIAT ; disamping kita menyambut ketibaan detik tahun baru dengan cara serta kaedah yang tidak bertentangan dengan syariat.  Ini jauh sekali berbeza dengan program2 di ambang tahun baru anjuran Kerajaan Malaysia ; yang mana kebiasaannya adalah program2 yang berbentuk MENGGALAKKAN MAKSIAT.

Sesungguhnya Islam tidak pernah melarang hiburan, Islam juga tidak melarang umatnya untuk berhibur; asalkan menjaga adab2 serta TIDAK MELAMPAUI BATAS2  syariat........Semoga usaha ini akan menjadi suatu pemangkin kepada usaha2 dakwah Islamiah disamping dapat mendekatkan orang ramai dengan golongan Ulama. Adalah diharapkan agar Negeri-negeri lain di Malaysia akan mencontohi bagaimana cara sambutan kemerdekaan yang sewajarnya diadakan ; dan kalau Menteri2  Besar & Ketua2 Menteri yang berkenaan  'tidak tahu'  cara atau panduan berhibur mengikut syariat Islam, rujuklah kepada para Mufti2 yang bertauliah di negeri masing2 tu...tengoklah di Shah Alam dan Kota Bharu...

No comments:

Post a Comment