Sambutan hari kelahiran Baginda SAW yang disambut setiap tahun oleh masyarakat Melayu Islam di negara ini, iaitu sempena memperingati tanggal 12 Rabiulawal Tahun Gajah / 20 April 571M ( menurut sesetengah riwayat , tarikh kelahiran sebenar Baginda saw ialah pada 9 Rabiulawal ); tanggal kelahiran seorang bayi yang akhirnya telah membawa suatu fenomena baru serta perubahan besar dalam sejarah peradaban dunia.
Kedatangan Baginda saw adalah bagi meneruskan kesinambungan tugasan para Nabi dan Rasul sebelumnya, malah Baginda juga merupakan penutup bagi segala Nabi dan Rasul utusan terdahulu dan sesungguhnya Baginda diutuskan kepada seluruh umat manusia hingga akhir zaman. Kelahiran Baginda merupakan suatu rahmat dari Allah swt ; sebagai panduan, petunjuk dan idola ikutan bagi setiap manusia.
Seperti kebiasaannya, setiap tahun rakyat Malaysia meraikan sambutan Maulid yang diisi dengan pelbagai program seperti ceramah, selawat dan tidak ketinggalan juga ada pihak2 yang mempertahankan aktiviti perarakan supaya menjadi satu aktiviti wajib bagi memperingati Baginda saw, tanda umat yang cintakan Nabinya. Soalnya, seajuh manakah bukti cintanya kita kepada Baginda saw ? Adakah cukup sekadar dengan berarak beramai2 di sekeliling pusat bandaraya , sambil membawa sepanduk dan berpakaian kebangsaan, diiringi dengan laungan selawat ke atas Baginda ? Adakah itu sudah mencukupi bagi menunjukkan tanda ingat, cinta, kasih dan sayangnya kita kepada Baginda saw ?
Kita sendiri tidak pasti, sekiranya Rasulullah saw muncul ( dengan izin & kehendak Allah swt ) di negara kita ini, sambil melihat dan memerhatikan keadaan umatnya di akhir zaman ini ; ambil contoh umat Muhammad di negara kita Malaysia...agak2nya adakah Baginda akan mengakui kita sebagi umat Baginda ? Pastinya tidak , malah kemungkinan Baginda akan memalingkan muka dan menangis melihat keadaan umatnya yang hidup jauh menyimpang dari ajaran suci Islam yang dibawah Baginda sejak 1400 tahun yang lepas; umat yang hidup bergelumang dengan dosa dan maksiat kepada Allah swt, umatnya yang tidak lagi menghidupkan sunnah Baginda, malah jika ada golongan yang memakai jubah dan serban, dan makan menggunakan tangan di dalam satu dulang akan dianggap sebagai 'kolot' dan ketinggalan zaman...naudzubillah....umatnya (wanita) yang berpakaian tetapi telanjang ; umatnya yang sering melengah2kan solat, malahan ramai yang mengabaikan perintah solat; memakan harta dari sumber yang haram, tidak mahu mengeluarkan zakat; Al Quran sudah tidak lagi menjadi panduan dan rujukan seharian; artis2 serta penyanyi2 wanita berleluasa; dengan mengambil kira contoh2 kemaksiatan seperti di atas, adakah Baginda akan mengiktiraf kita sebagai umat Baginda..?? tentu sekali jawapannya 'TIDAK'...
Sesungguhnya sebagai bukti kecintaan kita, kasihnya kita kepada Baginda saw, ialah dengan memastikan kita patuh dan taat sepenuhnya kepada perintah Allah swt dan perintah Nabi kita Muhammad saw., tanpa berbelah bagi dan dengan sepenuh hati, disamping kita mengikuti dan menghidupkan sunnahnya , mengadaptasi sunnah Baginda dalam kehidupan kita seharian, kerana Baginda telah meninggalkan kepada kita Al Quran dan juga sunnah Baginda, yang merupakan panduan serta rujukan lengkap kepada seluruh ummat manusia hingga ke akhir zaman.
Malangnya, segala khazanah, usaha serta penat lelah dan hasil tinggalan Baginda saw, telah dikesampingkan dan tidak dipedulikan lagi, termasuklah oleh pemimpin2 yang berugama Islam sejak lahir dari perut ibu mereka ( Islam secara automatik ). Hukum Al Quran diperlekehkan, sunnah Baginda menjadi suatu bentuk penghinaan, sekiranya diamalkan. Ulama' pewaris Nabi tidak lagi mendapat tempat di kalangan pemimpin dan juga masyarakat, tetapi orang2 yang memusuhi Allah dan memusuhi Islam , sering menjadi pujaan, mendapat tempat teratas dan menjadi idola ikutan mereka2 yang mengganggap Islam dan agama ini sebagai isu peribadi, cuma relevan untuk dibincangkan di surau dan masjid sahaja.
Oleh yang demikian, adakah layak kita bergelar Ummat Muhammad saw ? tepuk dada..tanyalah iman masing-masing...
Sabda Rasulullah saw "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" ( HR Muslim dan Tarmidzi )
No comments:
Post a Comment